Halaman

Khamis, 24 Mei 2012


Rentetan Perjalanan NUMERA





Temu Sastrawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) buat julung kalinya telah diadakan di Kota Padang, Sumatera Barat Indonesia. Dengan bertemakan  “Melacak Identitas Kultural Melayu Melalui Sastra, Budaya dan Sejarah”. Acara selama 3 hari 2 malam ini berlangsung pada 16 Mac-18 Mac 2012.

Pada acara kali ini, sekitar 200 peserta yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis termasuklah peserta dari Malaysia (Semenanjung Malaysia, Labuan dan Sarawak ), Thailand Selatan dan Indonesia sendiri. 
Saya bersama rakan-rakan Penulis Labuan (PERWILA) iaitu Hajah Hasnah Sambas, Gabriel Kimjuan dan Mohd Hairul Fadzudeverul berkesempatan untuk menghadiri acara ini. 


Bersama rakan PERWILA di acara “Welcome Dinner” di rumah Walikota Padang.

Kami mula bertolak dari W.P.Labuan pada tanggal 15 Mac untuk ke Kuala Lumpur, memandangkan penerbangan sehala ke Kuala Lumpur hanya ada satu sahaja dari Labuan jika melalui pesawat Air Asia, kami terpaksa bermalam di LCCT untuk penerbangan esoknya ke Kota Padang.  

16 Mac 2012

Keesokkan paginya, terdapat peserta dari Malaysia juga berada di LCCT untuk bersama-sama ke Kota Padang, termasuklah rakan-rakan karyawan Sarawak (PEKASA), Sasterawan Negara ke-11 Dato’ Dr Ahmad Khamal Abdullah (KEMALA) dan rakan-rakan penulis, sasterawan dan karyawan dari semenanjung Malaysia. Setibanya kami di Bendara Padang, kami disambut oleh pihak panitia dengan ramah sekali. Kami dibawa menaiki Bas Pariwisata ke tempat penginapan. Setibanya di sana, kami mendaftar masuk dan diagih-agihkan ke bilik masing-masing. Saya amat bersyukur sekali kerana saya berada satu bilik bersama Sasterawan Indonesia yang tidak asing lagi iaitu Bunda Nani Tandjung. Dan lebih mengejutkan saya, wajah yang ada sekamar dengan saya itu selalu saya jumpa dimana-mana saja acara. Ya ternyata itu Bunda yang sebulan sahaja kami berpisah di Mahrajan Membakut terus bertemu kembali di acara NUMERA iaitu Bunda Suriyati Syam. 
Setelah selesai, kami keluar ke Kota untuk mencari makanan sekadar melayan rajuk perut yang merengek sejak pagi. Dikesempatan itu juga, kami mengambil peluang untuk mengisi masa yang terluang untuk berjalan-jalan sekitar Kota Padang bagi menantikan acara “Welcome Dinner” di Rumah Walikota Padang pada malam harinya.

Seperti yang diacarakan, pada malamnya, kami di bawa ke Palanta Dinas Rumah Walikota Padang untuk jamuan makan malam sekaligus pembukaan Temu Satrawan Nusantara. Kami disambut oleh Sekretaris Walikota Padang, dan pada acara itu, kami disajikan dengan persembahan tari dari Kesenian Kota Padang dan persembahan lagu-lagu puisi dari Group E-Sastera Malaysia. Setelah selesai kami kembali ke tempat penginapan.


17 Mac 2012

Sebelah paginya, kami dibawa ke Muzium Adityawarman Padang, untuk acara Seminar Internasional. Sekitar 25 pembicara yang diundang mewakili Negara masing-masing untuk menyampaikan kertas kerja mereka. Dengan tema “Melacak Identitas Kultural Melayu Melalui Sastra, Budaya dan Sejarah” ahli-ahli panel yang terpilih terus melanjutkan seminar sehingga ke lewat petang. 

Pada malam harinya, kami dibawa ke Taman Budaya Padang untuk acara Silaturahim Sasterawan yang mana acara ini berbentuk perbincangan sesame sastrawan, bagi membicarakan pelbagai persoalan yang berkait rapat sastra Melayu dan perkembangannya. Pada malam itu juga, kami disajikan dengan tarian minang khas dari pelajar SMP Negeri 13 Padang, bacaan puisi dari sasterawan Negara Indonesia dan Thailad Selatan. Peserta Negara kita juga tidak ketinggalan untuk membuat persembahan antaranya Lagu Puisi dari Group E-Sastera, bacaan deklamasi Puisi dari Sasterawan Negara ke-11 Kemala, dan ahli PERWILA sendiri tidak mahu ketinggalan untuk menyampaikan deklamasi puisi yang mana diwakili oleh Hajah Hasnah Sambas dengan tajuk beliau “Melayu” (sesuai dengan acara NUMERA ini). Acara pada malam itu dilanjutkan sehingga lewat malam. Setelah selesai, kami semua kembali ke penginapan dengan langkah yang longlai kerana terlalu penat.



Gambar kenangan bersama Wak Khalid Salleh di
Rumah Puisi Sasterawan Ulung Indonesia Taufiq Ismail

18 Mac 2012

Hari terakhir kami telah ditetapkan dengan acara “City Tour” iaitu mengelilingi Kota Padang. Terlalu banyak tempat yang kami lawati, indah sekali. Antaranya, Jambatan Siti Nurbaya, Kota Tua, Teluk Bayur Unand dan Pantai Padang, Saya juga berkesempatan ke Pantai Air Manis dimana dongengnya Malin Kundang menjadi batu terletak disitu.

Setelah itu, kami diberi penghargaan yang amat bermakna apabila dibawa melawat ke Rumah Puisi Sasterawan Indonesia iaitu Taufiq Ismail. Yang terletak di Aie Angek, bersebelahan Gunung Singgalang dan Gunung Marapi yang mana kedua-dua gunung itu merupakan asal usul ayah dan bonda beliau. Saya amat teruja dengan pemandangan sekitar rumah Puisi yang beliau bina hasil titik peluh beliau menceburi bidang Sastera. Ternyata, beliau adalah mentor dan idol bagi rakyat Kota padang khususnya para Sasterawa muda di sana.


Cendera Kenangan dari PERWILA yang disampaikan oleh Hajah Hasnah Sambas kepada Ketua Panitia NUMERA Hj.Dra.Sastri Yunizarti Bakri di Rumah Puisi Taufiq Ismail.

Setelah selesai melawat rumah puisi TI, kami di bawa ke puncak Tanah Datar Bukit Tinggi untuk membeli belah. Yang menggembirakan kami ialah, layanan orang-orang Kota Padang sangat ramah.
Kami kembali ke tempat penginapan pada malam harinya setelah penat membeli belah. Setibanya di hotel penginapan, kamin bergegas untuk mengemas barang untuk balik ke Malaysia keesokkan harinya. Memandangkan penerbangan kami awal pagi, saya dan beberapa kenalan lain mengambil inisiatif untuk tidak tidur kerana takut ketinggalan pesawat.

19 Mac 2012

Sesudah subuh, kami bergerak ke bendara padang untuk kembali ke tempat masing-masing. Saya dan rakan-rakan PERWILA seperti biasa, terpaksa bermalam di Kuala Lumpur untuk penerbangan balik ke Labuan keesokkan harinya. 


Gambar kenangan bersama Sasterawan dan karyawan Indonesia



Semangat menyanyikan lagu “Indonesia Raya” bersama Dr Victor Pogadaev dan Wak Khalid Salleh di acara Seminar Internasional NUMERA

Rabu, 23 Mei 2012

MUNGKINKAH KAU KEMBALI



(Sekalung pengertian buat “Lelakiku MZMS ”)


Aku hanya bisa menangis
Walau airmata telah habis

Menangisi akan seseorang
Hatiku.......Jiwaku........
Semuanya telah kau ragut

Diriku kosong kini...
Antara keliru dan celaru
Siang dan malamku tersita
Hanya dengan memikirkanmu...

Ingin saja aku berlari..
Tetapi tiada arah harus ku pergi...
Berteriak pun aku..
Pasti tiada siapa peduli...

Sungguh...
Aku masih mengharapkan kau kembali
Kita lalui lagi saat indah itu lagi.....



Khamis, 23 Februari 2012

MAHRAJAN PESURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA

8, 9, 10 Mac 2012


Aku dan rakan-rakan PERWILA menghadiri acara MAHRAJAN PESURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA di Eko Lake Resort, Membakut Sabah.


Terlalu banyak kenangan manis di sana. Berjumpa dengan rakan-rakan penulis dalam dan luar negara. Dan yang paling menggembirakan apabila salah seorang idol Indonesiaku iaitu Habbiburrahman El-Sheziry yakni Novelis Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang pernah polpular suatu ketika dulu turut ikut serta dalam acara pada kali ini.Malahan beliau juga diberi Anugerah Tokoh MAHRAJAN PESURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA pada kali ini. Tahniah.


Sempat juga berjumpa dengan sasterawan dan karyawan hebat kat sana. Rasanya x perlu sebut nama la ya.


Selasa, 6 Disember 2011

Luahan Hati Seorang Ibu

يسميللاههيراهماننيراههيم

Tuhan, Kau lah pencipta segala alam, Kau lah juga yang menghidupkan dan mematikan segala yang ada di dalam dunia ini. Tapi aku yang hina ini hanya dapat merancang, Tuhan juga yang menentukan.


Apakah aku sebagai seorang ibu tidak dapat mendidik anak-anakku untuk menjadi orang berguna di masa hadapan. Apakah terlalu zalim aku ini 

SEKILAS KHILAF


Jangankan ENGKAU
Aku sendiri tak mengerti
Akan untaian kealpaan yang kerap kali terjadi
Yang mengjangkitiku bak virus sindrom
Takut tak dapat disembuhkan

Lelahkah ENGKAU
Untuk selalu mengerti aku
Tanpa menuntut hak untuk dimengerti
Hingga sebuah kalimat
Saling pengertian
Menjadi tiada erti

Sanggupkah ENGKAU
Menobatkan kesabaranMU
Menjadi panglima
Yang tegar berdiri
Digaris depan hatimu
Untuk menghalau segala amarah

Aku tahu ENGKAU
Dengan mata indahmu
Memandang tulus kasihku
Memahami kemanusiaanku
Tanpa melihat sedikitpun
Sekilas khilaf-khilafku